BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

~MAHKARPESONA~

Monday, October 11, 2010

Apa yg ada pd...10.10.10????

Kemalangan ngeri 10.10.10


PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.


MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buka fb, msg hp..semua cerita tentang keindahan peristiwa 10.10.10....angkasawan kita kawen, apa g??? slh sowang kwan aku konvo(zul)..apa g???? hr bahagia??? ikatan bersama???? mkn mlm berdua, imbas kenangan???, sebenarnya hr nie simple je..sesetengah owng yg 'menghebatkan' sesuatu itu menjadi perkara yg luar biasa...aku??? 10.10.10....dok bilik menikmati hari rehat yg mgcukupi..hahhah...buat roamte plak...(hp hilang)..so??? kesimpulan xsemua owng gembira wktu kita gembira....bersyukurlah kita diberi peluang untuk hidup sehingga ke saat ini..bertarikhkan 10.10.10...

Namun dalam kegembiraan tersebut ada yang berduka... bila aku buka 'KOSMO' satu kemalangan yang teruk juga berlaku(new kat atas)..salam takziah buat semua mangsa kejadian...~al-fatihah~

10.10.10-ada 5 sabtu, 5 minggu pd bulan 10 ini dan ia hanya berlaku jangka 832 tahun..something mcm tulah (post tu aku tgk lam fb...bila nk rujuk xda plak..)

SAMBAL TOMATO SENGKEK...

display je.....

Aktiviti kat umah dan bilik hampir sama je..MEMASAK...minat gak masak tp kdg2 muak bila kita sendiri yang makan. Sbtulah mak penah kata "bila kita msk kita dh rs kekenyanganya" aku xpun..slgi msk, lgi itulah aku melantak..ahhahhah...
Nak dijadikan story, dlam kegawatan kewangan dan masa, aku secara xlangsung telah masak satu sambal yg mana menjadi 'favarot' romate aku skang. Serta nak dijadikan cita, sambal tu kena ada tiap2 hari time kter owng nak makan...hahhaha..kdg2 bengang gak aku sbb kena masak benda yg sama tok tiap2 hari. Bagi mngatasi mslh tersebut...hahhaha...aku msk banyak2 then simpan dan bila nk mkn g panaskan je..ahahha..ala2 emak meninggalkan anak di rumah...ambek mkn lah benor2..he...
Romate aku kata kalo hr2 mkn sambal ko nie pun aku sanggup..hahha...begitu taksubnya 'beliau' dgn sambal aku..hahha..sian gak tgk romate aku nie..berselera dier makan sambal tu..syg punya pasal aku msk kan lah walaupun dlam ati aku xiklas...(jahat!!)...

JOM kita share:
SAMBAL TOMATO SENGKEK...(aku reka sendiri)

Bahan-bahan:

3 biji tomato
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
ikan bilis/udang/petai
Cili kering/cili paste
belacan
garam
gula
serbuk perasa.

Cara membuatnya:

#kisar atau cincang(bwg merah/putih/tomato).
#goreng stgh msk(ikan bilis) dan asingkan.
#tumiskan bwg merah dan putih,mskkan belacan dan paste cili serta tomato,gaul shingga msk.
#setelah msak, masukkan ikan bilis yg telah digoreng,serta bahan2 perasa mengikut selera anda.

Thursday, October 7, 2010

Hang out for karaoke..lalallalla

KARAOKE: aktiviti bila borink bila duduk lam bilik...dan ia akn jdi smkin best bila kita ada kwan yang geng sekelapa dan boleh ajak 'melalak' sekali..hahahha..huhuhu..

Then, utk tahun terakhir nie juga aku find samebody yang sama2 minat nak melalak nie tampa segan silu, genre kter owng pun hampir sama...antranya minat..heeh.iaitu JOHANNIS ARIF..mcm mana blh kenal?? kiter owng sama klas tok paper DISIPLIN(paper school)..dan yag pastinya joe nie tua staun dr ketr owng..dier ada mslah sikit tok pijazahan (tau2lah ye)...kesilapan kecik sehingga menyebabkan diri hanyut...dier ok..dan blh ajak kwn..kita sng bila nk borak dan dier open mind sikit.. Owang panggil dier ENGLISH BOY..sbb dier terer BI dan satu2nya malay yg ambek BI..berani ..hahhah..so nak xpham dier akan tolong kita..hah.aku lah BI lembab...:)

duEt..huhuhu..akhirnya ada juga owng nk duet dgna ku...

JoE n Me...

and the others...thank a lot..:)

Tuesday, October 5, 2010

PROJEK 2: UMNO

Untuk projek kali nie kter owng kena g satu badan NGO dimana organisasi ini berperanan berkerjasama bersama pihak sekolah dalam memegang peranan sebagai pejuang anak-anak bangsa. Dulu2 time aku kecik2 aku benci POLITIK..sbb yg aku tau politik nie xadil..itulah realitinya..dimana dalam mencapai sebuah kebaikan, kedamaian serta kesejahteraan kita kena mgorbankan pihak2 lain.sama ada secara langsung ataupun xlangsung..OPSSS..aku x nk berbicara tentang ini..kerana aku xtau apa2 pun dan aku xnak tau dan secara langsungnya aku xberhak untuk 'bpendapat'.....:)..demi memperolehi ilmu dan mencapat matlamat bersama..kaki harus melangkah..ceyyyy..hahhahha...

papan tanda UMNO....kat swk mana da sigh besar2 mcm nie..hahhah

bergambar bersama setiausaha ADUN Cawangan Bertam, Bahagian Kepala Batas(Dato'Hj Abu Bakar Yahya)

my group members....Izaini Zainon, Hafizuddin and N.Yuhanna.

and me with MY car..hahhahah...in dream la...or mB ONCE day....
AYU & ME

Aku & Mirand0( nama manja Izaini)..hahahahah

~MAGIKA~

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan vogue! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

INFO: Filem Magika

# JUDUL: Magika
# GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia)
# KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu
# PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung)
# TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009
# LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang
# PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor.
# KOS PRODUKSI: Sekitar RM1.8 juta hingga RM2 juta, tidak termasuk promosi (Bayaran pelakon saja melebihi RM500,000)
# LAGU TEMA: Penyembuh Rindu (duet Mawi bersama Diana Danielle)
# PROSES AKHIR/KOS: Tujuh hari di Bangkok/Membabitkan bajet hingga RM400,000.
# JANGKA TAYANG: Februari atau Mac 2010.

LASTLY: dapat gak tgk cita yg berkonsep kanak2 nie..oklah aku bg 3 star.Konsep cita bgus,tok kanak2 exspeciallynya mmg sesuailah..bermain dengan imaginasi dan dongeng2 yang diubah 'sikit2' untuk menarikkan cerita..lagu??? menarik dan kita blh dgr plakon2 kita menyanyi antaranya Dato Jalaluddin Hassan..dulu aku kenal dier sebagai pelakon, rupa2 nya 'sedap' gak dier menyanyi..heh2..yg lain tu oklah..nabil??? watak sikit snagat 'org minyak' lawak dier pun bersahaja je..nak wat lwk'tutttt' xblh gak sbb cita knk2..HERO yg dinantikan M.Nasir(bukan mawi?? aku xminat mawi..haha)..lastly kuar gak..hehhe..watak penunggu tasik chini/ naga. Adibah nor plak jdi mak bwang merah n putih...Gemok: of kos watak kuat makan..hehhe(tulah perspaktif manusia terhadap org gemok nasib2..bila nk berubah!!!)..erm...Sabri Yunus..plk watak bendahara kpd Puteri Gunung Ledang..hehhe..lawak dr kata2 bila dier kata" midlife crisis" bilamana PGL risau sbb dier dh tua..hahhaha..lwklah...dongeng2 nya diubah xlah menjejas cita2 dongeng tersebut..thumb up!!!

#blh dijadikan satu langkah awal kat filem malaysia untuk mengorak 'memulakan' diri di dlam filem fantasi atau fiksyen..ala2 harry potter,LOTR...mcm2lah, asyik tgk cita "imaginasi' owng putih skali sekala..oklah tgk imaginasi owng malaysia plk.. dan klo blh buatlah dongeng sendiri...mana tau blh djadikan sehebat cita HP satu hr klk..:)

Monday, October 4, 2010

AL-FATIHAH buat NENDA USU PURA

Mungkin aku xtau nama sebenar, tp aku penah bersua denganya suatu masa dulu.Mungkin tika itu aku masih kecil untuk mengenali siapa dirinya yang aku tau dia adalah NENEK..Walaupun aku dh lama xbersua denganya..namun aku masih mengingati wajahnya.."Umai Ikan" adalah juadah utama tika bertandang di rumahnya... hanya itu yang bisa aku katakan...hanya sedekah al-fatihah yang bisa aku kirimkan dr sini..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang diberkati oleh-Nya..~AMIN~

R.I.N.D.U


rindu..hati berkata pada diriku..rindulah..rindu pada kenangan dulu kala..dimana kenangan-kenangan yang mendewasakan kita...situasi, masa dan seseorang yang pernah menyedarkan aku dari mimpi2 ..seseorang yang: menegur aku apabila aku salah...membidas aku apa bila aku memberi pendapat, berterus terang dengan aku atas kesilapan dan kejengkilan dr aku, menyakiti hati aku, membuat aku cemburu dan membuat aku sungguh2 terluka sehingakan aku terjatuh teruk...(suatu masa dulu)
walaupun semuanya membuat aku rasa rimas dan kadang2 membuat aku marah dan berkecil hati..namun ya adalah pendapat dan pandanganya..bila mana masa mendewasakan kita. kita mula belajar serta mengetahui kebenaran itu membawa kepada kesukaran, mengajar dan mendidik kita bahawa dunia ini bukan sahaja indah ..malahan kejam. hanya kekejaman berbeza bagi setiap manusia ataupu individu...
Jika lah DIA membaca blog ini, fahamlah bahawa aku rindu satu saat dulu, dimana kita boleh duduk berdua dan bercakap dan meluahkan segala rasa yang ada dihati, berkongsi masalh dan cuba untuk berkongsi pendapat untuk menyelesaikan semunya dengan hati yang terbuka..adakah kita berpeluang untuk menjadikannya sebgai realiti suatu hari nanti????
langkah pertama sudah diambil dan aku harap semunaya kan langcar dan bisa meruntuhkan 'wall' dlm diri kita msing2...mungkin ia agak kekok dan funny..namun ia adalah satu2nya jalan yang ada untuk merungkai semua rasa dan kata di hati dan mulut kita..hanya peluang untuk kita berbicara xda lg..dan mata kita blom bisa untuk melihat kesalahan serta kegagalan di mata masing2...jika ia salah mata...pejamkanlah, jika ia salah hati, padamkanlah jika ia slah masa..lalukan lah jika ia slah aku..maafkanlah..