BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~MAHKARPESONA~

Thursday, September 18, 2008

part 1...tAk LaMa LAgI nAnK bALIk rAYA....:)


hari semakin berlalu, tidak dapat ku bayangkan betapa hati ini pergi bersama-sama hari tersebut. hari ini hanya tingga beberapa hari lagi untuk ku terbang ke tanah miri. hanya seminggu lagi untuk ku berjumpa dengan mak and ayah....dan adik2 ku yang tersyang....
seminggu yang akan mendatang nanti akan ku habisi dengan banyak aktiviti.........
minggu in sahaja....aku telah kena menghantar assgment PGT219(paper pendidikan)....sebelum raya nanti ada presentation amali(pemerhatian tasik aman), hantar assgment mingguan pgt201e, na lastly assgment HGM238....mmg lengkaplah kehidupan......pening jugak kepala....sbb kena kerahkan segala2nya untuk buat assgment....sekarang ni aku tak ksah apa je...janji assgmnet2 aku dihantar sebelum balik raya...kira ok gak....sbb semua presentation aku kene buat sebelum raya....setidak2nya balik raya aku dapat pay attention untuk ujian akhir taun.....
hem.....aku bersyukur gak...tak baik berhutang...ingat tu...huhuhuhuh......
22hb...kiter org plan nak kuar beli jeruk....jeruk ni kira buah tangan yang wajib buat pelajar usm kalo na balik kampung....
tapi tak bagi aku...mak dah pesan kat aku...tak yah nak bawak jeruk....bawak je makanan yang kering....
so aku ok je...kalo bawak jeruk pun nanti buat berat beg je...so aku pun buat ok je...hahhahahahhah....
hem....nak cari apa yang di pesan ni stu masalah...susah jugak kadang2....hem...aku cuba jelah cari nanti...insyallah jumpa....
................................nak balik tak lama lagi.....................................................


Sunday, September 7, 2008

PEnAnTiAN........RAMADAHAN######......


Ramadhan kian berlalu.....dan secara tidak langsungnya syawal semakin menjelang......perasaan dan naluri hati aku semakin melonjak2 ingin balik ke tanah air ku..... kedengaran suara emak dan ayah,telatah adik-adik yang aku sayangi...art n wan.....dan kelibat along, ateh dan abang dalam ingatan aku....bagi aku semuanya akan ku rasai tak lama lagi.....
ketika berjauhan seperti ini,mereka adalah harta yang paling aku rindui.....malahan lebih dari segala2nya.....
Perasaan ku ini turut dirasai oleh rakan2 yang lain....
namun bagi aku,setiap hari yang berlalu aku lalui dengan rasa bersabar walaupun kadangkalanya membuatkan hati ku gundah....dan bergoyah.......
Namun sebagai seorang perantau dan pelajar...aku jajahi jua hati ku untuk mencapai matlamat ku.....
bila puasa pertama bermula.........sudah membuatkan aku berfikir pada puasa yang
ke-25....kerana pada hari itu aku kan kembali ke tanah air ku untuk merasai kembali rasanya berpuasa di tanah air sendiri.........
Tahun lepas.....aku kembali ke miri....pada malam raya.....aku langsung tidak berpeluang merasai peluang utk berbuka seawal jam 6 ptg....
Di sini jam 7 ptg baru terasa nikmatnya kedatangan saat berbuka.......
di sini.... sudah lama aku tidak mendengar perkataan 'sungkei' segalanya di gantikan dengan perkataan berbuka....hehehheeheh....namun itulah lumrah kehidupan......setiap tempat mempunyai bentuk dan cara tersendiri.....itulah lumrah dan realiti......
Pada saat ini membuatkan aku terfikir2...bagaimana keadaan adik2 ketika bulan ramadhan ini dijalankan......
rindu sangat nak makan bubur pedas......kari ikan tongkol emak....kari ayam mak....sayur paku pakis masak tumin belacan.....sayur kemiding.....kulat sawit....makanan inilah yang sukar aku perolehi di sini...bukan nak cakap makanan kat sini tak sedap.....segala2nya tak sesedap dan bermakna seperti di rumah.....apa yang ada di rumah makna dan penghayatannya berlainan... juadah kat sini...semuanya dari bazaar ramadhan dan semua selera semenanjung.....
kadang kala membuatkan aku muak dan igin beralih ke benda yang aku rindui.....namun semuanya tak da di sini......
tak apalah mungkin aku blh merasainya di miri nanti.....
niat hati teringin sangat nak balik ke ladang(tempat ayah keja) aku tak rasa mak boleh ambik ku kat airport seperti selalunya.....sbb ayah masih sibok bekerja ketika ini....
kalau ada masa ingatnya nak buat plan balik ke ladanglah....lagipun time cuti hari tu aku
langsung tak balik pun....(maaf kat mak sbb buat mak tertunggu2) insyallah kalo ada masa nanti balik ladang.....nak gak jengok kawan2 mak.....lagipun mak ada cakap semua kawan2 mak tertanya2 pasal aku.....org masih mengingati kita dan tak salah untuk kita mengingati mereka kembali.....huhuhuhuhu.......lagipun tak rugi bagi kita melakukan kebaikan.....hal ini akan membentukkan perspektif baik utk diri kita.....:)
#pesan:tak sabar nak balik...MIRI tunggu kedatanganku...INSYALLAH....




Thursday, September 4, 2008

USM....UNIVERSITI APEX PERTAMA......


USM dipilih Universiti Apex pertama

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah. "Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik," katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung. Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. "Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak," katanya. Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia. "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia," katanya.
Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun. Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia. Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari. "USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.
PEtikan....dari BERITA HARIAN(04/09/2008)

Wednesday, September 3, 2008

AnTaRa ciNTa? KaSiH? sAyAnG?.........

Ku persembahkan satu cita ku
Setulus hati hanyalah untuk mu
Dan ku lakukan semampu aku
‘tuk menyayangi mu
Hingga kau merasakan jadi pujaanku

Meski bercinta kadang tak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan
I’m the lucky one
Nikmat cinta lebih dari segalanya

Jiwaku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
‘ tuk jauh dari mu
kerna kau yang bisa buat ku bahagia

Caramu membuat ku tak terdaya
mata hatiku pun ikut terjaga
kau ubah hidupku ini
jadi sempurna


Suasana baru mengubah aku menjadi diri yang baru, lebaran dan helaian baru hidupku telah ku buka untuk menerima keindahan dunia ini.Namun semuanya tidak dapat membuat aku untuk melupakan pada seseorang yang ku cuba untuk kenali dulu.Pada awal perkenalan kami hanyalah seperti kawan biasa,tapi segalanya berubah setelah aku mengenali apa erti sayang, disayangi dan akhirnya mewujudkan satu perasaan yang di panggil cinta.Aku bersyukur di atas pertemuan ini, kerana di sini aku mulai belajar apa erti kehidupan. Aku mengenali apa erti persahabatan serta pengorbanan.Walaupun aku tak memilikinya cukuplah sekadar mengenalinya

Kini kami telah berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.Aku menanggapnya sebagai satu cubaan dan dugaan di dalam hidupku.Disinilah aku perlu buktikan pada diriku bahawa aku juga boleh menjalani kehidupanku tanpanya.Aku mesti bermula dari sekarang kerana aku dapat merasakan yang aku tidak akan dapat memilikinya.

Segalanya bermula disini…
“Lama tak jumpa ,Isz buat apa sekarang?”kata ku kepada Isz.
“Alah… Isz duduk kat umah je,nak keja malaslah.Dya? Isz dengar Dya berkhidmat untuk negara ,he..he.”jawap Isz dengan nada yang bergurau.
Itulah sifat Isz yang membuatkan Dya memulakan perkenalan dulu
“Yelah tu,Dya pergi pun sebab terpaksa.alah… apa dah jadi dengan Isz. Isz dah tembam sikitlah .tapi tak pelah Isz dah makin cute.Dya sukalah tengok macam ni…he..he.”tanya ku dengan luahan hati yang ikhlas.
“Alah.. Dya janganlah nak kutuk Isz..Isz tahu Isz dah makin cute, apasal tiba-tiba je nak jumpa Isz nie,” tanya Isz.
“Alah… takkan tak leh jumpa kot, daripada Isz duduk kat umah baik Isz jumpa Dya hari ini…kira ‘excersice’ lah sikit,”jawap ku.
“Ehmm…apa rancangan pas nie dya? Isz tunggu panggilan dari U,satu pun takde khabar…tension tau.”tanya Isz.
“Entahlah Isz,Dya rasa macam nak sambung form 6 lah..lagipun Hafiz ada call Dya kata yang nama Dya tersenarai dalam pelajar yang layak memasuki form 6,alah... rembat jelah apa yang ada..apasal Isz tanya?”tanya ku dengan bersahaja.
“Eye..ke?Isz bukan tak nak masuk form 6 tu…tapi Isz malaslah nak belajar kat sekolah..Isz dulu berazam nak masuk U terus,buang masa lah masuk from 6 tu…lama sangat..Isz malaslah nak bazirkan masa Isz kat sana..”jawap Isz dengan nada pastinya.
“Dya bukan apa, Dya dapat rasakan macam tak dapat je,alah Dya bukan apa daripada melepas peluang baik Dya masuk je form 6 tu, lambat pun lambatlah janji kita usaha untuk ke depan….kita dapat tersenarai tu pun kira baik tau…bukan senang nak masuk form 6 nie..nak masuk nie pun ada syaratnya..kira okey lagi result kita ini.”jawapku untuk menyakinkan Isz.

“Tengoklah Isz fikir dulu”. jawap Isz.
“Oklah Isz,aku nak balik dulu,abang Dya nak pakai motor nie,Dya ke sini pun kena ‘cilok’ dulu motor nie.Dya belah dulu..”aku meminta izin untuk berundur diri.
“Yelah ..apa-apa pun Dya call Isz ye..”pesan Isz sebelum kami berpisah.
Ehmm…

Kini baru aku sedar,tiba-tiba aku mengenang kembali kisah tika kami bersama.Kenangan aku bersama Isz membuatkan aku mula menyayanginya.Perasaan timbul sendiri tanpa ku sedari.Kenapa jadi begini? adakah ia hanya lumrah kehidupan? terasa apabila kita kehilangan….dulu aku sentiasa menemaninya berkongsi masalah dan menyelesaikanya.Sifat dirinya yang baik dan menerima seadanya membuatkan aku lebih menyayangi dan semakin lama perasaan tersebut semakin berubah dan berubah menjadi sesuatu yang ku sendiri tidak ketahui apa maksudnya perasaan ini.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memasuki from 6,aku ditemani dengan kawan-kawan lain.Hari pertama di sekolah membuatkan aku terasa lagi ketiadaan Isz di dalam diriku.Aku mulai rasa diri aku kosong dan kehilangan sesuatu yang sentiasa menemani aku. Alah… tak akan aku nak paksa dia belajar.Dia ada cita-cita sendirilah,tak akan ku nak heret dia ke sini.Ku tanamkan perasaan ini di dalam jiwaku.Aku tahu Isz seorang yang mempunyai pendirian yang tinggi, mustahil bagi dirinya untuk mengikut keputusan orang lain.Tapi sifat itu hanya ada tika dia bersama aku.Namun sifatnya inilah yang membuatku berasa kurang senang.Sifat tidak mempunyai pendirian yang kukuh.Isz boleh mengubah apa-apa keputusannya hanya kerana cadangan dan pendapat orang lain.Perkara inilah yang banyak kali menyebabkan beberapa perselisihan berlaku antara aku dan Isz.

“Apasal korang dua nie kejap baik,kejap masam”,tanya Hafiz pada diriku
“Aku sakit hati nie,dia dah janji pas tu boleh buat bodo je.Aku tak suka tau,kalau tak dapat pegi bagi taulah awal-awal tak yah lah kita tunggu macam orang bengong.”luahku pada Hafiz
“Mungkin dia adahal kot,kau nie pun marah tu suka ati je, pegilah minta penyelesaian dari Isz,” Hafiz cuba untuk menenangkan keadaan.
“Alah… kalau dah salah tu salahlah..kalau dah pandai janji.pandai-pandailah tepati kalau tak dapat buat tak yah janji kan senang”,jawapku.
“Ha..tu Isz,kau tanyalah dia, kau tanyalah dia,”kata Hafiz sambil memandang Isz yang sedang duduk di tepi kantin.
“Alah… dia yang salah dia yang mulakan dulu,letihlah aku asal je gaduh aku yang mengalah”,kataku sambil memandangnya.
“Dah muka ko macam singa betina,aku pun takut nak tegor apatah lagi orang lain”,senyumlah sikit muka tu,ha..kan cantik macam tu.kata Hafiz
“Nantilah Hafiz,tungulah aku tenang sikit hati ku lagi mendidih nie”.jawapku.





Isz telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6,sama seperti ku dan kawan-kawan yang lain.Aku tahu tentu berat untuknya membuat keputusan ini.Sebagai seorang kawan aku hanya menyokong setiap keputusan yang dilakukan.Aku tahu setiap keputusan yang di buat mesti ada sebab yang munasabah.

“Dya, Isz nak join koranglah boleh tak?”tanya Isz.
Isz menghubungi ku pada malam keesokan harinya ,setelah aku mendaftarkan diri di sekolah.
“Masuklah,macam mana boleh terbuka pintu hati nie?mimpi ke malam tadi?hehe”,jawapku dengan nada yang bergurau.
“Isz malaslah nak duduk kat umah je,bapa Isz bisinglah,baik sambung study,Malaslah asyik dengar bapa Isz tu,nak suruh pergi cari kerja,bukan tak nak,tapi Isz masih nak studylah..macam Dya juga.”jawap Isz untuk mengukuhkan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh nya.
“Aku tak kesah,lagipun nama Isz tersenarailah dalam pelajar yang layak,tapi Isz lewat sikitlah,Dya dengar tawaran dah tutup semalam Isz cuba jelah mana lah tau dapat..Isz datang jelah..esok Dya jumpa Isz kat sekolah,kalau ade apa-apa Dya boleh tolong,Dya akan tolong Isz ye,hafiz pun ada kat sini,dia pun boleh tolong kita,dia banyak tolong Dya masa pendaftaran hari tu”jawapku berjela.
“Ok thankz so much,jumpa esok k”.jawap Isz ringkas.

Keesokan harinya…..
“Hafiz,malam tadi Isz ada call aku.dia cakap nak daftar masuk..”aku memulakan perbualan pagi.
“Baguslah macam tu,daripada dia duduk kat umah baik dia belajar,kat mana-mana kita boleh belajar tak semestinya kat universiti”,jawap Hafiz.
“Aku rasakan dia dah abis fikir tu.kita sokong dia jelah ye Hafiz, hehe”kataku.

..............................................bersambung.............................................................

STENT KOBALT.....?????satu ciptaan tuhan......


Stent Kobalt
KULIT pokok baobab boleh digunakan untuk menghasilkan tali.
DI MANA-MANA sekitar padang rumput savana Afrika, pokok baobab atau lebih dikenali dengan ‘pokok untuk kehidupan’ dengan mudahnya boleh ditemui. Malah, sesetengah pokok ini dipercayai telah wujud sejak sekian lama.
Masyarakat tempatan menggunakan hampir setiap bahagian daripada pokok berkenaan manakala baru-baru ini, buah baobab yang diproses telah pun mendapat kelulusan import daripada negara-negara Eropah.
“Anda boleh menggunakan buahnya yang juga dikenali sebagai ‘roti monyet’ jika anda mengalami sakit perut. Sekiranya anda letih, daunnya pula boleh dimakan. Ia baik untuk anda,” kata Aloyse Tine, seorang petani.
BUAH baobab kini dieksport untuk tujuan kosmetik.
Ekstrak minyak pokok baobab boleh diperoleh daripada biji-biji benihnya menerusi proses khas sebelum digunakan untuk tujuan memasak. Kulit pokok tersebut pula boleh digunakan untuk menghasilkan tali.
Pada zaman dahulu, kulitnya yang berongga itu juga digunakan sebagai tapak semaian penyair, pemuzik dan juga pemain bola sepak.
Seperti kebanyakan orang, sebelum ini, Tine banyak mengheret buah Baobab untuk dijual di sebuah pasar berdekatan pekan Thies.
Sejak tiga tahun lalu, Tine mula memasarkan produknya kepada Syarikat Baobab Fruit, iaitu sebuah organisasi Senegal yang dikendalikan oleh tiga warga Itali. Ia merupakan satu-satunya pengeluar pulpa buah baobab kering komersial di negara tersebut. Pengeksportan produk ini akan digunakan untuk tujuan kosmetik dan penghasilan suplemen tertentu.
KALSIUM buah baobab adalah jauh lebih tinggi daripada segelas susu.
Perubahan dari segi pendapatan sekali gus menampakkan perbezaan kepada hidupnya.
“Ia telah membolehkan saya menghantar anak ke sekolah,” katanya.
Menyedari hakikat itu, pengiktirafan produk Afrika itu sesungguhnya satu pencapaian yang membanggakan.
“Penembusan pasaran Eropah untuk produk ini akan memberi kelainan kepada kehidupan penduduk kampung yang miskin. Ia juga bermakna wujudnya sumber pendapatan yang penting,” kata Cyril Lombard dari PhytoTrade.
Salah seorang daripada penduduk ini adalah Thiawe Thiawe. Ladang-ladangnya yang berusia 41 tahun itu memiliki sekitar 20 batang pokok baobab.
“Sejak kecil, saya telah memetik buah-buah pokok ini dengan nenek saya,” katanya yang sudah mula menjualkan produknya kepada syarikat Baobab Fruit.
SETIAP musim menuai, sebanyak 150 hingga 200 tan buah baobab dikumpulkan.
Menurut Syarikat Baobab Fruit, permintaan yang mendadak di Eropah setakat ini sungguh memberangsangkan.
“Buat masa ini, kami telah mengumpul 150 hingga 200 tan buah baobab pada setiap musim menuai. Kami menjangkakan tuaian yang lebih banyak pada musim seterusnya. Di Senegal sahaja, kami menganggarkan tuaian berjumlah 13 ribu tan buah baobab,” kata Laudana Zorzella di sebuah kilang di Thies.
Melihat kepada sambutan yang begitu menggalakkan, apakah agaknya kebaikan buah baobab sehingga mendapat perhatian daripada negara-negara Eropah?
Berdasarkan International Centre for Underutilized Crops di Universiti Southhampton, baobab dinobatkan sebagai ‘buah untuk masa hadapan’. Ini berikutan kandungan antioksida, kalsium, vitamin C dan B1 yang tinggi. 100 gram pulpa buah baobab dipercayai mengandungi kira-kira 300 miligram vitamin C dan ini hampir menyamai enam kali ganda lebih banyak daripada sebiji oren.
BUAH baobab juga kaya dengan antioksida.
Selain itu, buah tersebut juga mengandungi riboflavin (vitamin B2) yang penting untuk tumbesaran organisma dan mengekalkan serat-serat saraf, kulit dan mata.
Di Senegal, pulpa baobab biasanya digunakan untuk menghasilkan buoye. Buoye adalah sejenis jus bersusu yang dihasilkan dengan mendidihkan pulpa dan benihnya bersama air dan gula. Malah, sesetengah saintis berpendapat, kandungan kalsium buah baobab adalah jauh lebih tinggi berbanding segelas susu.
Pulpa buah baobab juga merupakan satu bahan yang tidak ternilai harganya. Dalam sesetengah kes gastrik, ia digunakan sebagai penyelaras organ dalaman ekoran kesan prabiotik dan probiotiknya.
PULPA buah baobab kering kini dikomersialkan.
Dengan penampilan pokoknya yang seakan robot, maka tidak hairanlah apabila pokok baobab dikatakan memiliki sistem ketahanan yang kuat terhadap pelbagai keadaan cuaca termasuk kemarau dan kebakaran. – AFP