BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~MAHKARPESONA~

Wednesday, September 3, 2008

STENT KOBALT.....?????satu ciptaan tuhan......


Stent Kobalt
KULIT pokok baobab boleh digunakan untuk menghasilkan tali.
DI MANA-MANA sekitar padang rumput savana Afrika, pokok baobab atau lebih dikenali dengan ‘pokok untuk kehidupan’ dengan mudahnya boleh ditemui. Malah, sesetengah pokok ini dipercayai telah wujud sejak sekian lama.
Masyarakat tempatan menggunakan hampir setiap bahagian daripada pokok berkenaan manakala baru-baru ini, buah baobab yang diproses telah pun mendapat kelulusan import daripada negara-negara Eropah.
“Anda boleh menggunakan buahnya yang juga dikenali sebagai ‘roti monyet’ jika anda mengalami sakit perut. Sekiranya anda letih, daunnya pula boleh dimakan. Ia baik untuk anda,” kata Aloyse Tine, seorang petani.
BUAH baobab kini dieksport untuk tujuan kosmetik.
Ekstrak minyak pokok baobab boleh diperoleh daripada biji-biji benihnya menerusi proses khas sebelum digunakan untuk tujuan memasak. Kulit pokok tersebut pula boleh digunakan untuk menghasilkan tali.
Pada zaman dahulu, kulitnya yang berongga itu juga digunakan sebagai tapak semaian penyair, pemuzik dan juga pemain bola sepak.
Seperti kebanyakan orang, sebelum ini, Tine banyak mengheret buah Baobab untuk dijual di sebuah pasar berdekatan pekan Thies.
Sejak tiga tahun lalu, Tine mula memasarkan produknya kepada Syarikat Baobab Fruit, iaitu sebuah organisasi Senegal yang dikendalikan oleh tiga warga Itali. Ia merupakan satu-satunya pengeluar pulpa buah baobab kering komersial di negara tersebut. Pengeksportan produk ini akan digunakan untuk tujuan kosmetik dan penghasilan suplemen tertentu.
KALSIUM buah baobab adalah jauh lebih tinggi daripada segelas susu.
Perubahan dari segi pendapatan sekali gus menampakkan perbezaan kepada hidupnya.
“Ia telah membolehkan saya menghantar anak ke sekolah,” katanya.
Menyedari hakikat itu, pengiktirafan produk Afrika itu sesungguhnya satu pencapaian yang membanggakan.
“Penembusan pasaran Eropah untuk produk ini akan memberi kelainan kepada kehidupan penduduk kampung yang miskin. Ia juga bermakna wujudnya sumber pendapatan yang penting,” kata Cyril Lombard dari PhytoTrade.
Salah seorang daripada penduduk ini adalah Thiawe Thiawe. Ladang-ladangnya yang berusia 41 tahun itu memiliki sekitar 20 batang pokok baobab.
“Sejak kecil, saya telah memetik buah-buah pokok ini dengan nenek saya,” katanya yang sudah mula menjualkan produknya kepada syarikat Baobab Fruit.
SETIAP musim menuai, sebanyak 150 hingga 200 tan buah baobab dikumpulkan.
Menurut Syarikat Baobab Fruit, permintaan yang mendadak di Eropah setakat ini sungguh memberangsangkan.
“Buat masa ini, kami telah mengumpul 150 hingga 200 tan buah baobab pada setiap musim menuai. Kami menjangkakan tuaian yang lebih banyak pada musim seterusnya. Di Senegal sahaja, kami menganggarkan tuaian berjumlah 13 ribu tan buah baobab,” kata Laudana Zorzella di sebuah kilang di Thies.
Melihat kepada sambutan yang begitu menggalakkan, apakah agaknya kebaikan buah baobab sehingga mendapat perhatian daripada negara-negara Eropah?
Berdasarkan International Centre for Underutilized Crops di Universiti Southhampton, baobab dinobatkan sebagai ‘buah untuk masa hadapan’. Ini berikutan kandungan antioksida, kalsium, vitamin C dan B1 yang tinggi. 100 gram pulpa buah baobab dipercayai mengandungi kira-kira 300 miligram vitamin C dan ini hampir menyamai enam kali ganda lebih banyak daripada sebiji oren.
BUAH baobab juga kaya dengan antioksida.
Selain itu, buah tersebut juga mengandungi riboflavin (vitamin B2) yang penting untuk tumbesaran organisma dan mengekalkan serat-serat saraf, kulit dan mata.
Di Senegal, pulpa baobab biasanya digunakan untuk menghasilkan buoye. Buoye adalah sejenis jus bersusu yang dihasilkan dengan mendidihkan pulpa dan benihnya bersama air dan gula. Malah, sesetengah saintis berpendapat, kandungan kalsium buah baobab adalah jauh lebih tinggi berbanding segelas susu.
Pulpa buah baobab juga merupakan satu bahan yang tidak ternilai harganya. Dalam sesetengah kes gastrik, ia digunakan sebagai penyelaras organ dalaman ekoran kesan prabiotik dan probiotiknya.
PULPA buah baobab kering kini dikomersialkan.
Dengan penampilan pokoknya yang seakan robot, maka tidak hairanlah apabila pokok baobab dikatakan memiliki sistem ketahanan yang kuat terhadap pelbagai keadaan cuaca termasuk kemarau dan kebakaran. – AFP

0 comments: