Ku persembahkan satu cita ku
Setulus hati hanyalah untuk mu
Dan ku lakukan semampu aku
‘tuk menyayangi mu
Hingga kau merasakan jadi pujaanku
Meski bercinta kadang tak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan
I’m the lucky one
Nikmat cinta lebih dari segalanya
Jiwaku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
‘ tuk jauh dari mu
kerna kau yang bisa buat ku bahagia
Caramu membuat ku tak terdaya
mata hatiku pun ikut terjaga
kau ubah hidupku ini
jadi sempurna
Suasana baru mengubah aku menjadi diri yang baru, lebaran dan helaian baru hidupku telah ku buka untuk menerima keindahan dunia ini.Namun semuanya tidak dapat membuat aku untuk melupakan pada seseorang yang ku cuba untuk kenali dulu.Pada awal perkenalan kami hanyalah seperti kawan biasa,tapi segalanya berubah setelah aku mengenali apa erti sayang, disayangi dan akhirnya mewujudkan satu perasaan yang di panggil cinta.Aku bersyukur di atas pertemuan ini, kerana di sini aku mulai belajar apa erti kehidupan. Aku mengenali apa erti persahabatan serta pengorbanan.Walaupun aku tak memilikinya cukuplah sekadar mengenalinya
Kini kami telah berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.Aku menanggapnya sebagai satu cubaan dan dugaan di dalam hidupku.Disinilah aku perlu buktikan pada diriku bahawa aku juga boleh menjalani kehidupanku tanpanya.Aku mesti bermula dari sekarang kerana aku dapat merasakan yang aku tidak akan dapat memilikinya.
Segalanya bermula disini…
“Lama tak jumpa ,Isz buat apa sekarang?”kata ku kepada Isz.
“Alah… Isz duduk kat umah je,nak keja malaslah.Dya? Isz dengar Dya berkhidmat untuk negara ,he..he.”jawap Isz dengan nada yang bergurau.
Itulah sifat Isz yang membuatkan Dya memulakan perkenalan dulu
“Yelah tu,Dya pergi pun sebab terpaksa.alah… apa dah jadi dengan Isz. Isz dah tembam sikitlah .tapi tak pelah Isz dah makin cute.Dya sukalah tengok macam ni…he..he.”tanya ku dengan luahan hati yang ikhlas.
“Alah.. Dya janganlah nak kutuk Isz..Isz tahu Isz dah makin cute, apasal tiba-tiba je nak jumpa Isz nie,” tanya Isz.
“Alah… takkan tak leh jumpa kot, daripada Isz duduk kat umah baik Isz jumpa Dya hari ini…kira ‘excersice’ lah sikit,”jawap ku.
“Ehmm…apa rancangan pas nie dya? Isz tunggu panggilan dari U,satu pun takde khabar…tension tau.”tanya Isz.
“Entahlah Isz,Dya rasa macam nak sambung form 6 lah..lagipun Hafiz ada call Dya kata yang nama Dya tersenarai dalam pelajar yang layak memasuki form 6,alah... rembat jelah apa yang ada..apasal Isz tanya?”tanya ku dengan bersahaja.
“Eye..ke?Isz bukan tak nak masuk form 6 tu…tapi Isz malaslah nak belajar kat sekolah..Isz dulu berazam nak masuk U terus,buang masa lah masuk from 6 tu…lama sangat..Isz malaslah nak bazirkan masa Isz kat sana..”jawap Isz dengan nada pastinya.
“Dya bukan apa, Dya dapat rasakan macam tak dapat je,alah Dya bukan apa daripada melepas peluang baik Dya masuk je form 6 tu, lambat pun lambatlah janji kita usaha untuk ke depan….kita dapat tersenarai tu pun kira baik tau…bukan senang nak masuk form 6 nie..nak masuk nie pun ada syaratnya..kira okey lagi result kita ini.”jawapku untuk menyakinkan Isz.
“Tengoklah Isz fikir dulu”. jawap Isz.
“Oklah Isz,aku nak balik dulu,abang Dya nak pakai motor nie,Dya ke sini pun kena ‘cilok’ dulu motor nie.Dya belah dulu..”aku meminta izin untuk berundur diri.
“Yelah ..apa-apa pun Dya call Isz ye..”pesan Isz sebelum kami berpisah.
Ehmm…
Kini baru aku sedar,tiba-tiba aku mengenang kembali kisah tika kami bersama.Kenangan aku bersama Isz membuatkan aku mula menyayanginya.Perasaan timbul sendiri tanpa ku sedari.Kenapa jadi begini? adakah ia hanya lumrah kehidupan? terasa apabila kita kehilangan….dulu aku sentiasa menemaninya berkongsi masalah dan menyelesaikanya.Sifat dirinya yang baik dan menerima seadanya membuatkan aku lebih menyayangi dan semakin lama perasaan tersebut semakin berubah dan berubah menjadi sesuatu yang ku sendiri tidak ketahui apa maksudnya perasaan ini.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memasuki from 6,aku ditemani dengan kawan-kawan lain.Hari pertama di sekolah membuatkan aku terasa lagi ketiadaan Isz di dalam diriku.Aku mulai rasa diri aku kosong dan kehilangan sesuatu yang sentiasa menemani aku. Alah… tak akan aku nak paksa dia belajar.Dia ada cita-cita sendirilah,tak akan ku nak heret dia ke sini.Ku tanamkan perasaan ini di dalam jiwaku.Aku tahu Isz seorang yang mempunyai pendirian yang tinggi, mustahil bagi dirinya untuk mengikut keputusan orang lain.Tapi sifat itu hanya ada tika dia bersama aku.Namun sifatnya inilah yang membuatku berasa kurang senang.Sifat tidak mempunyai pendirian yang kukuh.Isz boleh mengubah apa-apa keputusannya hanya kerana cadangan dan pendapat orang lain.Perkara inilah yang banyak kali menyebabkan beberapa perselisihan berlaku antara aku dan Isz.
“Apasal korang dua nie kejap baik,kejap masam”,tanya Hafiz pada diriku
“Aku sakit hati nie,dia dah janji pas tu boleh buat bodo je.Aku tak suka tau,kalau tak dapat pegi bagi taulah awal-awal tak yah lah kita tunggu macam orang bengong.”luahku pada Hafiz
“Mungkin dia adahal kot,kau nie pun marah tu suka ati je, pegilah minta penyelesaian dari Isz,” Hafiz cuba untuk menenangkan keadaan.
“Alah… kalau dah salah tu salahlah..kalau dah pandai janji.pandai-pandailah tepati kalau tak dapat buat tak yah janji kan senang”,jawapku.
“Ha..tu Isz,kau tanyalah dia, kau tanyalah dia,”kata Hafiz sambil memandang Isz yang sedang duduk di tepi kantin.
“Alah… dia yang salah dia yang mulakan dulu,letihlah aku asal je gaduh aku yang mengalah”,kataku sambil memandangnya.
“Dah muka ko macam singa betina,aku pun takut nak tegor apatah lagi orang lain”,senyumlah sikit muka tu,ha..kan cantik macam tu.kata Hafiz
“Nantilah Hafiz,tungulah aku tenang sikit hati ku lagi mendidih nie”.jawapku.
Isz telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6,sama seperti ku dan kawan-kawan yang lain.Aku tahu tentu berat untuknya membuat keputusan ini.Sebagai seorang kawan aku hanya menyokong setiap keputusan yang dilakukan.Aku tahu setiap keputusan yang di buat mesti ada sebab yang munasabah.
“Dya, Isz nak join koranglah boleh tak?”tanya Isz.
Isz menghubungi ku pada malam keesokan harinya ,setelah aku mendaftarkan diri di sekolah.
“Masuklah,macam mana boleh terbuka pintu hati nie?mimpi ke malam tadi?hehe”,jawapku dengan nada yang bergurau.
“Isz malaslah nak duduk kat umah je,bapa Isz bisinglah,baik sambung study,Malaslah asyik dengar bapa Isz tu,nak suruh pergi cari kerja,bukan tak nak,tapi Isz masih nak studylah..macam Dya juga.”jawap Isz untuk mengukuhkan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh nya.
“Aku tak kesah,lagipun nama Isz tersenarailah dalam pelajar yang layak,tapi Isz lewat sikitlah,Dya dengar tawaran dah tutup semalam Isz cuba jelah mana lah tau dapat..Isz datang jelah..esok Dya jumpa Isz kat sekolah,kalau ade apa-apa Dya boleh tolong,Dya akan tolong Isz ye,hafiz pun ada kat sini,dia pun boleh tolong kita,dia banyak tolong Dya masa pendaftaran hari tu”jawapku berjela.
“Ok thankz so much,jumpa esok k”.jawap Isz ringkas.
Keesokan harinya…..
“Hafiz,malam tadi Isz ada call aku.dia cakap nak daftar masuk..”aku memulakan perbualan pagi.
“Baguslah macam tu,daripada dia duduk kat umah baik dia belajar,kat mana-mana kita boleh belajar tak semestinya kat universiti”,jawap Hafiz.
“Aku rasakan dia dah abis fikir tu.kita sokong dia jelah ye Hafiz, hehe”kataku.
..............................................bersambung.............................................................
Letoltes Arsne Lupin, Gentleman Burglar By Maurice Leblanc George Morehead
Pdf Ebook
-
Letoltes Arsne Lupin, Gentleman Burglar By Maurice Leblanc George Morehead
Pdf Ebook
Genre : Short Stories ,Books ,Crime & Thrillers
“The Extraordinary Adv...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment