Monday, November 10, 2008
Exam????apa citer???
Posted by RaHmAhAkAR... at 12:04 PM 3 comments
Monday, October 13, 2008
CABARAN BARU AKHIR TAHUN INI....
Susah jugak jadi budak u...
dulu time sekolah menengah jelous tgok org masuk universiti...
org cakap life u tak terikat...macam2 pengalaman kita boleh perolehi...
aku mengakui... tak de yang bena selain yang benar belaka....
hehheheh.....
Some time bowink gak...life sama je...assgment....amali...kuliah...tutor...presentation..perjumpaan...taklimat...itulah perkataan yang selalu aku dgar...kdg2 muak juga dgar...nak gak rasnya lari tapi tak blh...
nak tak nak kena terima segala yang ada....
Sekarang nie.....
budak2 u semua sibuk nak exam....banyak keja kena buat....
time2 mcm nielag budak2 akan rajin p jumpa lecture...tanya2 clue2 exam...
kalau kamcing ok jugak....kalo lecture yang kerek memang jawapan suruh baca semua nota kuliah....
nota???
citer sal nota..kdg2 ada juga budak yang pg kuliah and than just datang pegi dengar je...mcm akulah tu....
dah last2 mcm nie kiter orang akan usaha cari orang sebagai sumber nota lengkaplah...
dan org yang akan jadi mana adalah pelajar yang salu dapat mark tinggi2 nie...
antaranya...ARIFF AZMAN...
heheheh...thank to ariff sbb benarkan kter org mem'fotostat' semua nota yang ada.....
kiter org bukan malas tapi slide laju sangat...
dahlah kuliah awal pagi kiter orang masih mamai lagi time tu...
heheheh....
buat Dr Naza thank 4 every thing!!!..hhuhuhuh.:)
Bila citer sal cabaran ini.teringat kat apa yang ayu citer kat aku semalam...
sekarang nie pointer dekan dah naik....nak dapat sijil dekan kena dapat 3.70 ke atas...
huhu...gler apa...!!!!
alamatnya sampai ke gredlah aku tak berdekan...hahahahha...
apa2 pun....kena terus usaha, kekalkan pointer....
insyallah....
Posted by RaHmAhAkAR... at 2:37 AM 0 comments
Friday, October 10, 2008
'DINGIN'.....
Ziana Zain kakak Anuar Zain, aku meminati kedua2 artis ini. Keduanya mempunyai bakat tersendiri. Cara penyampaian nyayian mereka juga jelas. Di sini aku ingin berbicara mengenai Ziana Zain. Aku baru ketahui wujudnya lagu 'dingin', walaupun setelah sekian lama ku mendengarnya. Namun beberapa hari ini membuatkan aku berusaha untuk meng'upload' lagunya di 4 shared.Alhamdulilah akhirnya berjaya...
Lagu ini membawa banyak makna. Lirik dan irama nya amat sesuai. Nak tau lebih carilah lagu ini.Dekat sini saya selitkan lirik lagunya.
DINGIN/ZIANA ZAIN
DINGIN MALAM YANG MENYELUBUNGI
HENING SAYU DALAM HATI
BERBICARA BERSENDIRIAN
KU RASA RESAH
SELAMA DI BUAI RINDU
PADA CINTA YANG SELALU
TERPENDAM DI DALAM KHAYALAN
KAN KU LERAIKAN IMPIAN INDAH
KEPADANYA KU BERSERAH
MUNGKIN TAK DAYA…
KU TAWAN CINTA YANG SAMA
*DINGINYA GETARAN ASMARA
SENTUHAN MULA BERMADAH
KU TAK BISA JUARAI….
JIWA YANG KU TAK PUNYA
DINGINYA BILA KAU BERKATA
RUANG BUATKU TIADA
MEMORIKU GENGGAMILAH
BIARKAN AKU BERALAH
DALAM HATI KU TIADA DENDAM
WALAU IMPIAN SEMALAM
MASIH MEKAR DALAM INGATAN
KAN KU LERAIKAN IMPIAN INDAH
KEPADANYA KU BERSERAH
MUNGKIN TAK DAYA KU TAWAN CINTA YANG SAMA...
OH......
Posted by RaHmAhAkAR... at 4:55 PM 1 comments
Thursday, October 9, 2008
balik penang...

teman se flight !!!Posted by RaHmAhAkAR... at 1:51 AM 2 comments
Thursday, September 18, 2008
part 1...tAk LaMa LAgI nAnK bALIk rAYA....:)
Posted by RaHmAhAkAR... at 2:05 AM 2 comments
Sunday, September 7, 2008
PEnAnTiAN........RAMADAHAN######......
Posted by RaHmAhAkAR... at 5:40 AM 1 comments
Thursday, September 4, 2008
USM....UNIVERSITI APEX PERTAMA......
PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah. "Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik," katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung. Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. "Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak," katanya. Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia. "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia," katanya.
Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun. Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia. Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari. "USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.
Posted by RaHmAhAkAR... at 11:36 PM 0 comments
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
