CINTA ?
Apa itu cinta dalam hati ku?
bagi ku cinta itu, apabila kita dapat membahagiakan dan melihat orang yang kita cintai itu gembira.
Aku bukanlah seorang yang ‘fasih’ bercinta ataupun mempunyai pengalaman yang banyak mengenai cinta…..
Aku pernah mencintai seseorang…sehingga ke hari ini… aku masih mencintainya…namun dirinya tidak mengetahui isi hatiku ini…
Pengertian cinta bagiku sudah cukup menunjukkan yang aku bukanlah mengharapkan sesuatu yang sementara tetapi sesuatu yang abadi.
Siapakah lelaki yang benar ku cintai?
Siapakah lelaki yang begitu sempurna di dalam hidupku ini….
Namun cukuplah bagiku jika hanya aku sahaja yang mengetahuinya dan memendam segala-galanya di dalam hati ini….
Bagiku cinta itu satu penantian yang tidak pasti…namun aku bahagia mengetahui dan berkongsi kebahagiaan… dalam dirinya…
Cinta itu suatu anugerah…anugerah pada hati yang suci…..
Aku sendiri tidak menyedari bilakah hati ini boleh mengubah perasaanku kepada sebuah cinta….
“itu bukan cinta tp sayang”
Apa bezanya cinta dan sayang?
Jika sayang,kita akan menyayanginya dan ingin berada disampingnya….ingin membahagiakan insan tersebut….namun ….
Jika cinta….kita menyanyanginya dan ingin berada disampingnya…membahagiakanya….dan sanggup meng ‘korban’kan,
me ‘ninggal’kanya untuk mencapai kebahagian orang yang kita cintai….
Pengalaman dan usia mengajar aku apa erti semuanya ini….
bagaimana kita mengetahui kita mencintainya?
Pejamkan matamu….dan lihatlah siapa yang jelas kelihatan di sudut hatimu….seribu kali kita memejamkan mata …namun insan tersebut tidak pernah berubah….walau beribu batu jaraknya kita namun dirimu tahu bahawa insan tersebut sentiasa menemanimu…kerana insan tersebut sentiasa di hatimu…kenangan dan kata2nya tetap bermain di fikiranmu….suaranya sentiasa menjadi ubat segala perkara yang berlaku….suaranya bukan sahaja boleh membuatkan dirimu tersenyum..namun turut menyebabkan dirimu menangis….serta melemahkan sebuah hati yang tabah dan lemah yang hanya dimiliki oleh seorang insan yang bergelar ‘wanita’ yang sedang mencintainya…..
Rahmah bte Abdul Karim……..

0 comments:
Post a Comment