BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~MAHKARPESONA~

Friday, June 11, 2010

BIAR WAKTU....


Watak utama cita apa dosaku..."Silby Kathigatsu"

Pengenalan pertama aku dengan lagu nie bila aku tgk cita Apa Dosaku.....(cita nie sal sejarah) wlaupun aku, xalah suka sangat sejarah....tp bila kita lihat sejarah nie dalam tayangan/teater blh tahan gak lah, malah membuka mata aku di mana kita berdiri sekang...bersyukur, berterima kasih dan mengerti apa erti kasih sayang...tp semua itu terserah bagaimana corak serta posisi kita melihat sesebuah cerita. Dijangkakan cita nie akan abis minggu depan xsbr nak tau penyudah cita nie... (Jom tgk kat Astro Citra).TEATER???Aku minat gak dgan teater..tp aku xmampu nak tgk..tp insyallah kalo ada duet nanti aku akan g tengok teater....:)

Kawan aku penah kata yang aku nie boleh berlakon dalam teater..sbb dier owng kata aku boleh menyebabkan owng marah, benci , menyampah, geram, menangis hanya menggunakan mulut dan kata2 aku....tp itulah aku..nk buat mcm mana..mcm mana pun aku minat teater, sajak dan puisi aku xmampu nak menjadi seorang seniman..kerana aku rasa aku "xmencintai" segalanya dengan sepenuh jiwa...dan aku hanya layak sebagai penyokong SENI MALAYSIA..itu pun sudah cukup bagi aku...

Selain itu, bagaimana pula seseorang itu mendengar lagu??? mendengar tiun atau liriknya?? kalo aku..jatuh cinta pertama aku pada sesebuah lagu adalah dr liriknya..dan akhir tiunnya..kerana lirik memainkn peranan yang penting dalam menyentuh atau menyampaikan sebuah lagu itu...dan jika sesebuah lagu itu ditujukan kepada seseorang ia juga boleh membawa makna yang tersirat..dan bukan HANYA LAGU...




Biar Waktu - Nikki Palikat

Biar waktu memecah kesepian
Bagaikan air ke batu
Lembut meleraikan

Begitulah, hatiku yang kecil ini
Mendepanimu, takkan berpaling lagi

Demi cinta, biar derita
Demi cinta, rela sengsara
Biar waktu menjadi saksiku
Kebenaran kan menebus segalanya

Biar waktu menyuluhi langkahku
Kuatkan jasadku Tuhan
Saatku terjatuh
Kan ku sentuh satu keabadian
Biarlah waktu menggenggam kau dan aku

Dendam ini tak akan hilang
Hati ini tak akan curang
Demi cinta takkanku berserah
Menunggu ketika bahagia kan mula..

Biar waktu menyuluhi langkahku
Kuatkan jasadku Tuhan
Saatku terjatuh
Kan ku sentuh satu keabadian
Biarlah waktu menggenggam kau dan aku.

Bagaikan api yang marak membakar semangat dalam kalbu
Tiap kata tiap lakumu mengukuh jiwaku
Mengecapi igauan yang tak sudah bersamamu
Dan menanti lebarannya mentari

Biar waktu..
Kan ku sentuh satu keabadian
Biarlah waktu menggenggam kau dan aku

Biar waktu menyuluhi langkahku
Kuatkan jasadku Tuhan
Saatku terjatuh
Kan ku sentuh satu keabadian

Hatiku yang kecil ini takkan berpaling pergi
Hanya waktu menjadi saksi.

Lagu: Audi Mok
Lirik: Rafidah Abdullah (3R)

link video Nikki Palikat Biar Waktu


0 comments: