Saturday, March 5, 2011
THE FUNERAL_Yasmin Ahmad..
"the best iklan" yang aku penah tgk..iklan nie blah wat kita jatuh air mata bila kita tgk dengan hati yang pasrah..betapa kita HILANG bila kita kehilangan seseorang yang sangat kita sayang....
Hanya apa yang tinggal adalah kenangan..mungkin jika seseorang itu pergi..(hidup)..kita blh jumpa dan berckap pada suatu masa lain..namun jika seseorang itu pergi...(meninggal dunia)..rsanya tidak sama....apa yg tinggal hanyalah ..PESANAN...TELATAH...mengubati hati kita...
~luangkan lah masa dengan owang yang tersayang selagi ada~
Posted by RaHmAhAkAR... at 7:52 PM 0 comments
... dalam botol...
Mcm best je cita nie??? or cita nie mcm citer 2 alam..yg kecownya melampau2 then bila tgh..HAMPEH!!!....mgkn ye or x??? promosi xlah hebat..mgkin hasilnya hebat..xlah mcm 'tin kosong' yerr...bila agaknya kuar tgk tralier pun cm best..hope satu hr nanti aku blh tgk..tok dijadikan pengajaran kita sesama umat Allah.s.w.t...
Posted by RaHmAhAkAR... at 7:23 PM 0 comments
Friday, March 4, 2011
siapa KAMAL ATATTURK????
Dalam jiwa yang masih terkejut dengan bil elektrik 'melonjak' melampau sangat semalam membuatkan aku mcm 'kecut-kecut' siput je nak beronline kat umah nie...
...........dan tiba2 aku terjumpa artikel nie....betapa hebatnya keangungan Tuhan dalam menentukan teladan yang terbaik buat umatnya...bila aku baca artikel ini menjadikan aku terfikir bahawa hidup kita nie hanya pinjaman..berdirinya kita, duduknya kita diatas kehendak Tuhan yang maha esa.. jika DIA tidak mengizinkan maka tidak lah ia.. walaupun sekaya mana pun kita, secantik mana pun kita...ia tidak bisa mengubah apa yang telah 'tertulis ' pada takdir kita... hanya apabila manusia terlalu mengejar dunia ia akan lupa pada akhirat.....itu lah realiti dunai sekarang...nak kata pa?? semunya depan mata kita..siapa yang tak nak duit dan pangkat skang???fikirlah sbb hanya dua bnda inilah yang nyata dicari2 oleh manusia pada masa kini..Kisah Kematian Kamal Atatturk
![[MustafaKemalAtaturk.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_9wEcImcfmK0/SakglhtcQVI/AAAAAAAAABI/1_RK4BryjQo/s1600/MustafaKemalAtaturk.jpg)
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung
- Penyakit darah tinggi
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
INILAH IDEOLOGI BELIAU
- Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
- Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
- Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
- Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
- Menggalakkan minum arak secara terbuka.
- Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
- Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
- Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
- Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
- Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
- Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
- Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
- Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
- Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
- Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Sumber: Kisah Kematian Kamal Atatturk | MalaysiaSensasi.Net ...kredit baeekk punya!!!
Posted by RaHmAhAkAR... at 4:26 AM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
K.i.t.a B.e.r.b.e.z.a........

Apabila kita rasa kita hebat..sebenarnya ada lg owng hebat dari kita...so?? knapa kita sentiasa nak cari kelemahan owng lain... aku berkata sebab semuanya terjadi dalam kehidupan aku...bila mana semua manusia yang berada di depan kita banyak sain, keadaan dan perwatakanya.. apa bila seseorang itu kurang sikit dari apa yang kita inginkan kita rasakan ada sesuatu yang x betul telah berlaku.. senangkan sebenarnya ia adalah ujian untuk tuhan 'cabar' keimanan kita sebagai seorang umatnya yang bergelar MANUSIA....
Ajal, maut, jodoh dan rezeki kita manusia x sama..hanya kerana kita hebat kita bahagia??? kita lengkap???silap apa yang membezakan kita adalah siapa kita di mata owng.. kerana manusia lain yang boleh menilai kita..kelemahan..kekuatan..keayuann dan kehodohan kita... bila mana kita rasakan kita hebat sdngkan dimata owng lain kita menyusahkan, membebankan, menjengkelkan...
Perbezaan manusia inilah yang selalu menjadikan keadaan kita berubah...kita mula membenci.. mersakan ia sesuatu yang membebankan, menyusahakan...jika owang tersebut owng yang dekat dengan kita??? kita nak BUANG??? benar ia akan membuat kita rasa bahawa ia tidak berguna..TUHAN sudah menjadikan dan mentakdirkan ia bersama kita...memang dia tidak sempurna ..memeng ia tidak ada benda yang dibanggakan... fikirkan anda jika suatu hari nanti anda disoal.. apakah yang ada telah buat untuk membantunya sebagai seorang manusia? hanya hanya jawap.." saya hanya melihat dan mengherdiknya agar ia sedar kesilapnya"....Tidak semua manusia boleh sedar apa bila diherdik dan dicabar... hanya segelintir sahaja...dan jangan fikir bahawa manusia itu sama untuk dibandingkan keadaan, rezeki dan perasaan...
MUNGKIN aku berdiri disini atas dasar CABARAN...itu apa yang owng nampak... yang manusia x nampak..aku BERUSAHA untuk berdiri di sini sekarang....Hanya apa pila manusia itu tidak boleh berusaha kita salahkan dirinya..sedangkan kita boleh membimbingnya..hanya apabila kita sudah membimbingnya dan ia masi tidak berubah kita gunakanlah cara lain dimana mungkin ia akan berkesan.... kerana manusia berbeza.. akal, fikiran, perasaan, kefahaman, perwatakan dan kehidupan kita berbeza....
Posted by RaHmAhAkAR... at 10:29 PM 0 comments
Wednesday, February 9, 2011
RoNDa2....
Sempena taun baru cina lepas.. aku g lah ronda2 kat cinie then apa yg aku temui adalah keindahan yang hanya ada di sinie.. setiap tempat ada perbezaannya dan ada sejarahnya yang tersendiri... dan akan meninggalkan setiap kenangan yang tidak mungkin kita lupa...~
Posted by RaHmAhAkAR... at 12:44 AM 0 comments
Monday, February 7, 2011
MAAFKAN AKU... SAHABAT....

kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.....serta merta perkara ini berlaku.. setelah sekian lama..dan berakhir dngan cara ini.. namun aku masih mengharapkan segalanya adalah andaian smata2..dan ia boleh pulih sperti biasa....
Sakitnya..bila ia melibatkan hati dan perasaan.. mungkin ia bukan melibatkan dua hati yang bercinta.. namun ia juga melibatkan hati dlam konsep 'persahabatan'....ia sama tapi tidak serupa..hanya hakikatnya ia melibatkan hati....hati yang pasti...
Aku tidak mahu bercakap dan aku x mahu berkata..kerana aku takut kata2 aku akn merosakkan lg keadaan..DIAM dan biar ia berlalu..insyallah masa boleh mengubah segalanya...
aku percaya pada perkenalan dan aku juga percaya pada perpisahan.. dan biarlah kali ini TUHAN yang tentukan...
Maafkan aku... jika aku salah maafkan aku..jika ia boleh memulihkan keadaan MAAFKAN AKU SEKALI LAGI....
Posted by RaHmAhAkAR... at 9:27 PM 0 comments