BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~MAHKARPESONA~

Thursday, December 27, 2012

GAZA saya juga PRIHATIN...

Mungkin story yang aku nk cita nie..kiranya story yang dah basi wat sesetengah owg, but bg aku hari ini tiba2 nak menjadikanya satu isu yang boleh dijadikan post utk blog aku yang berkawang2 dah nie..hanya tidak dapat mencuri masa untuk menukilkan sesuatu di blog nie....insyallah mungkin tuhan memberi aku ruang untuk berkongsikan apa yang terpendam ini...

isu membantu GAZA.....
banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu...niat apakah anda untuk membantu?
menunjuk2 anda mampu? mengatakan bahawa anda juga peka kepada persekitaran serta isu yang berlaku di dalam kehidupan anda? membantu sesama umat islam dan sifat kemanusian membawa anda untuk menghulur ataupun saja2?. Bagi aku banyak kepada sifat kemanusiaa yang ada pada diri aku, dimana kemampuan yang aku miliki aku cuba utuk kongsikan sesama kita serta membantu keluarga seagamaku.

Bagaimana????.....aku terjumpa satu cara dimana aku yakin dengan cara ini aku dapat membantu...
aku membeli sesuatu dari seseorang yang aku rs boleh membantu aku menyalurkan kepada yang memerlukan...buy baju SAVE GAZA aku beli dengan afdlin shauki production....why aku pilih afdlin? minat? xlah juga, sbb aku melihat kesungguhannya sepanjang Maharajalawak Mega, dimana persembahanya bukan semata2 memikirkan lawak, juga memikirkan maklumat dan nasihat yang ingin disampaikan....


SAVE GAZA FREE PALESTINE


Sajak ini pengertiannya sungguh mendalam.....



Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahuakbar!
 





1 comments:

alicethomas said...

Thanks a lot for sharing and I have some special things for you. If you are in free time, harry potter games online ; disney princess dress up games will be a perfect choice we recommend to you. With nice graphic style, high-quality interface and smooth animation, this game don’t let you be disappointed for sure.
Beside, you can try free online fighting games, it is an addictive game which receives much love from players over the world. Now, you can completely play this addicting fun game on your mobile. Have fun!!!!