Adakah hati aku mampu untuk menanggung segalanya seperti dulu ... dimana semua masalah terpaksa dihadapi seorang diri... siapa nak tolong ko??? kawan2 ??? keluarga ko??? aku ada smuanya itu namun hanya 'memiliki' bukan 'dimiliki'. Hanya di suatu masa diri ini memerlukan sokongan dan pengharapan dari saudara sendiri menjadikan hidup ini semakin payah...dimana aku terpaksa menghadapi segalanya di atas kaki sendiri...bahu dan kepala kita sendiri.. kiter org dh rasa..jd sekrg ko plk???simple kan???itulah hidup aku dan orang2 yang berada disekeliling aku..:)
Ada tak org yang bertanya, ko sihat????mcm mana belajar????, kwan2????
xpernah!!!! xpernah owng bertanya kepada aku..selain seorang wanita yang membuat aku kuat dimasa aku merasakan aku lemah dan tidak berguna iaitu emak aku...
Kata2 mak:Sik semua benda kita akn senang..Kita knk susah dolok...
Yup aku mngakui kata2 mak...hanya apabila..kita menghadapinya seorang diri menjadikan kita perlu 'ketabahan' yang lebih dari biasa...sokongan???hanya aku!!!..tiada siapa yg tahu apa yang aku rasa...kalo hendak minta..beritahu..itulah cara aku membesar??tiada siapa2 yang boleh merasakan apa yang aku rasa hanya denga mendengar suara dan wajah ku..bila kita memikirkannya kita dikatan terlalu sensitif...bagi aku kita perlukan sensitiviti di dalam hidup..bila mana kita memikirkan apa yang orang lain rasa...dimana kita meletakkan diri kita ditempatnya...
Mungkin bunyinya seperti mengimbau kenangan2 lama...
dimana dari kecik aku ditinggalkan untuk menyelesaikan masalah seorang diri..daftar ke sekolah, beli buku di sekolah, perjumpaan ibu bapa, penyampaian hadiah.. dimana kita merasakan kita 'keseorangan' untuk merasakan apa itu penghargaan untuk setiap kejayaan bagi setiap kepayahan kita selama ini....Aku menjadikan sebagai nilai berdikari di dalam diri aku..dimana aku dimarahi sebab keputusan yang teruk (sendiri) mengurus wang yang diberi (sendiri)..kiralah sendiri berapa bakinya nanti..jika bijak baiklah namun jika bodoh...silap lah..siapa yang nak tegur???kesalahan nya hanya dapat dikesan oleh diri kita sendiri...kesilapan adalah guru kita yang utama..bila mana kita kan mengingatinya sehingga kita xakan mengulanginya lagi...
Hanya bila mana dunia semakin luas dan pandangan kita semakin besar.. kita mula merasakan 'aku dah tahan tahan hadapi semunya ini'...kenapa perjuangan aku lebih besar daripada orng lain???? owng lain blh juga berjaya, xpyh belajar jauh2...dulu aku bukan harapan..dimana aku bukan lah anak yang dibangga2kan..bilamana aku penah merasakan aku semakin dilupakan di atas kekurangan aku sendiri...bila semakin matang, hal ini menjadikan aku semakin tabah apabila aku belajar untuk jatuh dan bangun sendiri...sakit yang dihadapi aku luahkan di dalam diriku sendiri...kesakitan dan kepahitan yang ada aku telan dan ubatinya sendiri...
Aku tahu semua orang punya pengalaman hidup sendiri..namun jika kita bandingkan banyak perbezaanya...jangan bandingkan hidup kita,, kerana semua yang berlaku tidak sama dan tidak serupa...malah rasa kesakitan dan kesusahan yang kita hadapi juga tidak sama...
YA ALLAH...TABAHKAN HATI AKU, JIWA KU IMAN KU DAN RASA KEPERIKEMANUSIAN KU SELAKU UMATMU YANG BERIMAN..JAUHILAH DIRI KU DARI MELAKUKAN KEJAHATAN DAN KELALAIAN DUNIA DALAM MENCAPAI ERTI KEJAYAAN INI, KERANA KEJAYAAN INI NANTI AKAN AKAN PERSEMBAHKAN KEPADA IBU BAPA KU UNTUK DIJADIKAN KEBANGGAAN MEREKA KERANA MEMILIKI ANAK SEPERTI KU YANG TAHU DIMANA HIDUP INI MEMERLUKAN PENGORBANANA DAN USAHA SENDIRI DI DALAM MENJALANINYA. TIDAK PERNAH TERDETIK DI DALAM HIDUPKU MENYESAL MENJADI DAN MENJALANI TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN KEPADAKU.HANYA BILA KEPAYAHAN DAN DUGAAN YANG DIBERIKAN TERLALU BERAT UNTUK KUHADAPI MENJADIKAN DIRIKU LEMAH. KUATKAN LAH DIRIKU YA ALLAH..AMIN...