BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~MAHKARPESONA~

Thursday, December 27, 2012

GAZA saya juga PRIHATIN...

Mungkin story yang aku nk cita nie..kiranya story yang dah basi wat sesetengah owg, but bg aku hari ini tiba2 nak menjadikanya satu isu yang boleh dijadikan post utk blog aku yang berkawang2 dah nie..hanya tidak dapat mencuri masa untuk menukilkan sesuatu di blog nie....insyallah mungkin tuhan memberi aku ruang untuk berkongsikan apa yang terpendam ini...

isu membantu GAZA.....
banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu...niat apakah anda untuk membantu?
menunjuk2 anda mampu? mengatakan bahawa anda juga peka kepada persekitaran serta isu yang berlaku di dalam kehidupan anda? membantu sesama umat islam dan sifat kemanusian membawa anda untuk menghulur ataupun saja2?. Bagi aku banyak kepada sifat kemanusiaa yang ada pada diri aku, dimana kemampuan yang aku miliki aku cuba utuk kongsikan sesama kita serta membantu keluarga seagamaku.

Bagaimana????.....aku terjumpa satu cara dimana aku yakin dengan cara ini aku dapat membantu...
aku membeli sesuatu dari seseorang yang aku rs boleh membantu aku menyalurkan kepada yang memerlukan...buy baju SAVE GAZA aku beli dengan afdlin shauki production....why aku pilih afdlin? minat? xlah juga, sbb aku melihat kesungguhannya sepanjang Maharajalawak Mega, dimana persembahanya bukan semata2 memikirkan lawak, juga memikirkan maklumat dan nasihat yang ingin disampaikan....


SAVE GAZA FREE PALESTINE


Sajak ini pengertiannya sungguh mendalam.....



Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahuakbar!
 





Sunday, October 7, 2012

Lil RIZKIE n AUNT MAH....

Akhirnya!..
dapat juga aku melarikan diri dengan dunia berkerja nie..BALIK KAMPUNG...
bila mana kita lari dari bercerita tentang SEKOLAH, pbs, dan pelajar2 yg memeningkan kepala..
Bila balik Kampung nie hidup aku akan jdi sngat simple...
saudara mara, rumah papan, bau tanah yang becak, sungai dan air yang keruh, dengar perbualan dalam bahasa loghat kampung dan kadang2 menyampuk dalam bahasa itu walaupun masih tersekat2 je menjawap...anyway i mencoba...
Tarikan...Lil RIZKIE...siapa? anak kazen aku.. then suka sngat bergaul dgan Mama Rizkie nie...dier young then aku tapi pandai menyesuaikan diri..aku sngt suka owng yg merendah diri nie sbb akan membuatkan aku merendah diri juga...

Bila pegang baby nie membuatkan aku terfikir, bila lah umah aku nak ada BABY nie....asyek2 anak2 kucing je..he2...

Thursday, September 27, 2012

Dunia BARU ku...

Lama dah xupdate blog..kdg2 rs rindu sngt.Bila dh buka nak update ada saja halangan yang meyebabkan aku akan memadamkan kembali blog nie..
Alhamdulilah diberi kesempatan kepada aku untuk mengadap dunia lama aku BLOG...

Kenyataanya...xda apa2 yg menarik di dalam kehidupan aku..hanya lah kehidupan yg dh berubah dari seorang pelajar pd suatu ketika dulu dengan kehidupan aku yeng mengajar sekarang nie.
 Secara keseluruhan, i enjoy my work as a TEACHER...hanya kdg2 rs terbeban bila memerlukan pengorbanan yg agak melampau...he2..

Sepanjang aku mengajar aku x pnh post gambar lam fb..kalo ada pun gambar tag2 je..but hr nie aku nak post lah satu pic yg agak menarik hati aku..sbb bila aku tgk pic nie aku rs seolah2.
                                                           ." INILAH AKU SEBENAR "
                                             Enjoy with student dan student dpt menerima aku..
Mcm mana kita nak tau student terima kita....kita x perlu lambai student utk pg kepada kita, bila mana kita tgh berehat di meja taman...he2...dier owng akn menghampiri kita dan wat dialog " cikgu wat pe? or cikgu tunggu apa? " smbil duduk di meja kita....


Walaupun student aku bukanlah TIP TOP student..cukup sekiranya mereka ada KEHORMATAN sepanjang menjalani kehidupan...dan yg pasti itulah yg cikgu cr pd setiap pelajarnya.....
                                                             GOOD LUCK STUDENT

Monday, March 5, 2012

HOLIDAY as Packer...:)

Airport... KUCHING!!...nie je sempat:P

Minggu lepas sudah ter'realisasi' lah sebuah impian..sebelom ini mungkin aku hanya menyatakan nya dan bermimpi nak wat mcm tu...daaannnnn...minggu lepas aku dh mengotakannya menjadi sebuah realiti???to be a packer woman???hahah...hanya bebekalkan sebuah beg...balik jdi dua???apa ker hay??hahha..pompan xpat buang perangai tu..

Perjalanan ke sebuah ibukota lain..walaupun masih di dalam sebuah tanah n benua yg sama..tp aku enjoy nak mengatakan yang aku kuar melancong. Walaupun kenyataannya aku kuar n pg IV..nak cita sal iv or sal melancong????? xbaik plak kalo aku tinggalkan niat sebenar ke bandar KUCHING tu. OKLAH...aku g IV..dan kalo nak dicitakan sal nebes aku..mmg xabis..dan apa yg aku blh katakan semunya berjalan seperti biasa..tiada yg terbaik..hanya aku doakan semua rakan2 bersama2 mencapai kejayaan setelah apa yg diusahakan.

Sebenarnya impian aku xlah 100% tercapai..nak kuar melancong dgn gaya nya...hahhah..anyway dapatlah rehatkan minda yg sentiasa terdedah dengan masalah dunia n sekolah yg tak abes2.
Perjalanan sepanjang 3 hari dua malam tu banyak gak membawa kisah2 untuk aku n MISS AMOI..anyway thank to MISS AMOi sebab temankan aku..kenyataannya kalo nk wat kali ke-2..aku nak buat lg sampai bila2...kmpollah duit dulu..dapat jalan seluruh malaysia pun jadilah buat aku..kalo nk melancong sampai ke luar negara...mgkin aku nak g satu tempat..MEKAH..bukanlah islamic..tp aku mmg tergerak ati nk g sana..nak dekatkan diri pada yg berkuasa n mencintai kita ke arah kepastian..INSYALLAH..mgkin xdipanggil MELANCONG tp UMRAH..hahahha....

Sunday, February 5, 2012

Hukum Maulidur Rasul????adakah ia satu budaya???


HUKUM MERAYAKAN MAULID ?????

Di dalam fatwa-fatwa Al Hafiz As Sayuti rahimah Ullah, di dalam bab "walimah"
(memberi jamuan) bahwa ia telah ditanya tentang merayakan Maulid Nabi s.a.w. di dalam bulan Rabi'ul Awwal,

Apa hukumnya daripada syara'?

Dan adakah didapati pahala oleh orang yang melakukannya atau tidak? Dijawab oleh As Sayuti,

"Pada pendapatku bahwa cara merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu ialah orang-orang berkumpul beramai-ramai dan membaca sedikit daripada ayat Quran dan menceritakan kisah-kisah berkenaan Maulid s.a.w. perkara-perkara yang luar biasa (mu'jizat) yang terjadi pada masa Nabi s.a.w dizahirkan dan kemudian mengeluarkan makanan untuk dimakan oleh orang ramai tadi dan selepas itu mereka pun bersurailah dengan tidak mengerjakan apa-apa lain daripada yang tersebut itu."



HIKAYATNYA:

Telah dihikayatkan bahwa pada zaman Amirul mu'minin Harun Ar Rasyid bahwa ada seorang muda di dalam bandar Basrah yang terlalu pemboros dan buruk perangai dan ahli-ahli negeri itu telah memandang kepadanya dengan pandangan yang hina dengan sebab perbuatan dan perangainya yang buruk itu. Tetapi pemuda ini, apabila sampai bulan Rabiul Awwal maka ia telah membasuh pakaian-pakaiannya dan berwangi-wangi serta berhias dan mengadakan jamuan dan pula ia telah meminta dibacakan kisah Maulid Nabi s.a.w. di dalam jamuan itu, maka ia tetaplah mengerjakan seperti itu tiap-tiap tahun selama beberapa tahun.
Kemudian apabila ia mati maka penduduk-penduduk negeri itu telah mendengar suatu teriakan berkata:
"Datanglah wahai ahli Basrah dan saksikanlah jenazah seorang
Wali Allah Ta'ala karena dia itu mulia di sisi Allah."

Maka orang-orang Basrah pun datanglah kepada jenazahnya dan mengebumikannya, kemudian mereka telah melihatnya didalam mimpi bahwa ia sedang bersiar-siar dengan pakaian dan perhiasan ahli Surga, yaitu ‘sondosen wastabraq’, lalu ia telah ditanya,

"Sebab apa engkau telah menerima kelebihan besar ini?"

Jawab pemuda itu: "Sebab aku membesarkan Maulid Nabi s.a.w."


iklas bersama: Hembusan amal 4u

Wednesday, February 1, 2012

sampai bila nak tunggu????


1: 22 am.....ko wat pe online tgh2 malam nie????TIDO...
Kapla otak aku msh memikirkan perbualan aku n alif ttg iv...
apasl???soalan2 yg akn ditanya dan penguraian alif yg berilmu...
AKU???? haram jadah..aku xbaca apa2 g..mana nak cr masa?? masa dh penoh...aku xda masa utk diri aku sndiri....STOP!!!..

HARI2...asal online aku akn buka web SPP nie..............dah buka bnda sama je..xbrubah2...JIWAKESAL, SEDEY...Xsbr nak abiskan penantian n penderitaan ini....kalo ikot ati aku nak call SPP:

AKU: hellow, SPP ke???

SPP: Ye.....

AKU: Awak semua x keja ke???msh smbut taun bru cina ke????xbis lagi bakar mercun ke??or tgh tunggu stock dr China??? sbb sy tgk snarai nama iv tak bergerak2..sama je sy tgk mcm 2 hr lepas....

hahhahhaha.....KOWNG ingat aku berani nak wat mcm tu???hahhahha...xdalah nie kalo 'ikot ati'.....xpe..skang nie aku msh blh bersabar..sdgkan berbulan2(nk msok 5 bln after convo) aku blh tunggu..xkan yg ini xlh..(motivasi diri)....

statment EUGEN(bdk posting sek aku): "Alaaaaah..I kena tunggu 8 bulan untuk posting ini, kwan2 I dulu terus msok posting...sbarlah ye..I harap batch u olang dpat awl punya...I blh tunggu, hope U juga..kalo U pkir I tunggu 8 bulan kalo dpat gaji I bli satu kereta buatan malaysia ma'....hahhahaha...."

bangang!!..dier bg cool. dier bg bakar balik!!


Sunday, January 15, 2012

BUKU BARU...



"Cikgu nak BERHENTI????"

"YUP...kamek mok berhenti dh..mok keja lain..mls dh keja kat citok..keja pun dh makin sikit..kamek rasa tenaga keja mudak mcm tak owng amat diperlukan..biarlah kmk udur dirik"

kalo nak cita apa yg aku rasa..aku boleh katakan yg aku agak sedihlah sikit... walaupun keja hanya 2 month...aku enjoy keja tu,walaupun kdg2 memeyampahkan...dh namanya keja mana de best....

SO dgan segala rasmi nya aku dh xkeja dh skng..maka kembali duduk di rumah..(GEMBIRANYA!!)

BIARLAH apa yg penah berlaku di LHDN tu sebagai satu kenangan yg aku ingati sebagai sebuah mimpi...aku xnak wat kenangan kat sana...kalo ada pun kesah gado dgn EN.Z.....
tu pun aku dh maafkan(siapa ko???)...hahaha...aku pun nak belagak penting k...

Sblom berhenti, aku ada terserempak dgan dier....dier tau aku nk berhenti...so baguslah sooo..scra tak langsung dier n aku dh xda pepe2..kalo jumpa kat pasar belom tentu aku nk tegor..hahhah...agak sedih nak tinggalkan bos(penyelia) aku EN MICHEAL ANTHONY METIT...the best staff kat LHDN nie..Sng je keja dgn dier..dier nk keja yg mudah n senang..ingat lagi pesan dier:

"KEJA IBOH SEUS GILAK, KELAK BOLEH GILA"

Boss aku nie xlekang dr senyumnya..seowng yg xsombong dan boleh menerima pendapat dr pegawai sambilan mcm kter owng nie....anyway..thank a lot...my BOSSS.....

next, PUAN HILDA MAN, slalunya aku kuwang sikit dgan owng pompan nie..but dgn puan hilda nie aku blh blah...dier baik dan banyak membantu...dier mcm xpcaya aku blh jdi cikgu..dan terungkai dh persoaan dier bila bdak2 lain panggil aku cikgu...dier bg tau aku at last momment....

'Dolok kmk pelik kEnak sidak LING, KONG nunggah kitak CIKGU"...
OHHHH...tok sbb nya..sidak tau kitak CIKGU"......

tu cita staf2 yg agak bermakna dalam kehidupan aku sepanjang di LHDN sebelom nie..kalo geng2 keja...MORRIS, NUEL, STEVE, ANDREW, JAMES,AZIZ,SHAKILA, JIA, CHAH,CAROLINE,ROZAIMAH(pompan mengandung), SHAHROL(Abg bersabar), MINA..dier owng nie blah lah diajak bergelak n bergosip kat opis tu....but MORRIS the special 1...dier mmg kwan gadoh, kwan baek, kwan jahat, kwan luah perasaan, kwan idea, kwan nasihat, kwan ilmu akulah..dier xsombong..walaupun kejanya mencari pompan cntek..dier still nak kwan dgan aku...(aku xcantik tp sederhanalah cantiknya)...hahhah....banyak sangat kisah dier yg aku tau kdg2 membuatkan aku bangga berkwan dgn dier...

Skang segalanya dh jdi kenangan...tutup buku lama dan buka buku baru....

Skali lg "REVOLUSI" berlaku...

Saturday, January 7, 2012

xtau nak kata ap?????!@#$




Semnjak bekerja nie ku sibuk sngt sampai nak update BLOG pun..susah...nak berFB jangan cakaplah...sngt2 susah nak membagikan masa....hanya apabila terluang mcm nie baru aku rasakan yg idop aku kembali berguna dan menikmati dunia yg fana nie...walaupun dalam sehari ..terasa nikmatnya seolah2 sebulan...

Seribu kemaafan aku pinta wat siapa2 yg ku xterlayan..lg2 dalam masa skang nie..(sebok nk berintibiu dan nama nak kuar GST)...sokongan rakan2 amat diperlukan...wat yg tersayang.hahha..cehhhhwah....lain mcm je..CIK AYU...sowy2 sbb xlyan SMS n jwp call ko....aku kekurangan coss sara idup skng..jdi aku susah nak bg feedback scptya kat ko..(aku nk ko tau aku sntiasa ingat n menghargai perhatian yg ko dh bg kat aku tok intibiu nie)...tanpa ko siapalah aku..hahhaa..jgan blagak!!...hahahha....

NK CITA SAL SIAPA???mls nak cta sal kecuakan intibiu aku..soooo aku rs aku nk luah kexpuas hatian aku pd seseowng...siapa namanya ZAIDI!!!...siapa dier nie???nie adalah musuh ketat aku kat opis..xlah gado sampai hentak2 meja or hmpas2 komputer kat muka..just kalo jumpa dier aku rs hidup aku dh separuh musnah...hehhehe....mslahnya aku nie xpandai nak cover2 so..agak nampaklah yg aku xMINAT dgn dier..anyway ZAIDI...PERTEMUAN PETAMA ITULAH YG MENUNJUKKAN SIAPA KO KAT MATA AKU....jd skg nie ko mmg nmpak mcm tu??ala2 DAHLAN STEDY lah...huhuh....



Pandangan n pendapat aku..smakin menjadi2 apabila kes bundle n komputer..(apa kes nya???) mls nk cita biarlah kes tu bersemadi di ofis tu...wlaupun agak gmpak dimata owng...aku ttp xlh nak lupakan...skang aku dh xknl siapa dier..lantak kolah..suka ti ko..kalo ko nk terus menSTEDY kan diri ko...(tarik nafas n sebut " ADA AKU KESAH??XTERKESAN PUN)..HAHHAHHA....
suke ke???xGERAMMMMMM.....aku jrg xsuka owg..tp kalo aku dh xsuka..aku ingt n KEKAL...anyway sblom aku blah aku minta maaflah KOT...HUHHUHU.....